Tuesday, February 21, 2012

ASP.NET hosting percuma di somee.com




Penyedia perkhidmatan hosting somee.com menawarkan perkhidmatan pakej hos percuma untuk ASP.net dan MS SQL. Fungsinya agak terhad tetapi cukup untuk anda mencuba.
  1. Pergi ke somee.com. Perhatikan pakej Free .Net Hosting. Klik “Learn More”.
  2. Pada laman berikutnya, perhatikan senarai butir-butir pakej percuma. Klik “Order Now”.
  3. Isi maklumat yang dikehendaki. Pastikan Password menggunakan kombinasi huruf, nombor dan simbol yang dibenarkan. Klik “Register New User And Continue”.
  4. Tandakan setuju pada Terma Perkhidmatan dan Polisi Persendirian. Klik “Continue”. Ambil perhatian terhadap klausa "Website must be visited at least 5 times per month.
  5. Isi maklumat domain. Klik “Create website”.
  6. Pendaftaran selesai. Klik “Manage Website”.
  7. Laman “Website Properties” akan dipaparkan. Lihat sepintas lalu.

  8. Kemaskini maklumat tetapan. Jika anda lihat kotak ASP.Net version terisi dengan nombor versi terdahulu (2.0, 3.0, 3.5 etc.) dan anda sememangnya mahu menjalankan ASP.net versi 4, anda boleh mengubahnya dan klik Update.
  9. Sistem akan memberi maklumbalas berjaya.
  10. Keseluruhan proses pendaftaran tamat.