Tuesday, November 22, 2011

Tutorial Excel – Penyata Gaji Piece Rate

SENARIO:
1) Anda dikehendaki menyediakan penyata gaji pekerja.
2) Gaji pekerja dikira mengikut kaedah “piece rate”.
3) Kadar “piece rate” disediakan dalam Worksheet RUJUKAN.

PANDUAN:
1. Rujuk sampel Worksheet yang diberikan (bernama “KHALID BIN RAZI”)
2. Worksheet “KHALID BIN RAZI” mengandungi formula berikut:
2a. CONTATENATE(…)
2b. CELL(…)
2c. VLOOKUP(..)
3. Sel Rujukan Mutlak (Absolute Cell Reference) telah digunakan, contohnya pada SelA1 (=RUJUKAN!$B$1) supaya ia tetap merujuk kepada Sel tertentu secara mutlak.
4. Fungsi CONCATENATE() digunakan untuk menggabungkan text dari beberapa sel. (lihat contoh selA3 dan A5)
5. Fungsi CELL(..) digunakan, contohnya pada SelA5 untuk mendapatkan Nama Worksheet yang mengandungi Sel tersebut.
5a. Oleh itu, sekiranya nama Worksheet telah bertukar dari “KHALID BIN RAZI” kepada satu nama baru, Sel A5 akan memaparkan nama baru tersebut.
5b. Maka, sekiranya pengguna mahu membuat penyata gaji untuk pekerja lain, memadai dengan membuat “copy” Worksheet ini dan “rename” Worksheet baru tersebut.
6. Gunakan fungsi “Name Range” untuk menamakan “Range” Rujukan!A5:A8 sebagai “SenaraiJenisKerja”
7. Bagi Lajur “Jenis Kerja”, pilih menu “List Validation” dan masukkan “reference” kepada “SenaraiJenisKerja” (Dalam langkah 6).
8. Rujuk Lajur "Kadar" (berwarna biru). Fungsi VLOOKUP(...) digunakan untuk membandingkan Sel dalam Lajur "Jenis Kerja" dengan Lajur "RUJUKAN!JENIS KERJA" dan mendapatkan nilai berpadanan dari Lajur "RUJUKAN!KADAR PER UNIT".
9. Lajur "Kadar" dan "Jumlah" yang berwarna biru diisi secara automatik, i.e apabila pengguna mengisi Lajur "Jenis Kerja", komputer akan mengisi Lajur2 ini berdasarkan langkah 8.

DOWNLOAD:

Fail Tutorial excel-tutorial-payslip-piecerate

No comments:

Post a Comment