Showing posts with label istilah. Show all posts
Showing posts with label istilah. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Erti "Application Software" (Perisian Aplikasi)

(tajuk berkaitan: maksud perisian aplikasi, erti perisian aplikasi, apa itu perisian aplikasi)

(English)

Application Software (Melayu:Perisian Aplikasi) adalah sejenis kategori perisian komputer di mana perisian tersebut melakukan tugasan khusus untuk pengguna akhir komputer (end users). Contohnya, perisian aplikasi grafik menyediakan alat-alat khusus untuk pengguna melakukan kerja grafik.

Tuesday, January 17, 2012

Erti Perkataan "Computer System" (Sistem Komputer)


Perkataan "system" (Melayu:"sistem") merujuk kepada satu gabungan komponen yang bertindakbalas antara satu sama lain bagi mencapai tujuan ia ditubuhkan.

Istilah "Computer System" (Melayu:"Sistem Komputer") bermaksud satu sistem yang bertujuan untuk memproses maklumat. Secara amnya, komponen tipikal bagi Sistem Komputer adalah seperti berikut:

1) Perisian (Software).
Perisian mengandungi set arahan untuk diikuti oleh komputer.

2) Perkakasan (Hardware).
Perkakasan mengandungi komponen elektronik atau elektromekanikal yang melakukan tugasan logikal dan fizikal.

3) Data.
Data adalah fakta yang diberikan kepada komputer untuk pemprosesan maklumat.

4) Tatacara (Procedure).
Tatacara mengandungi senarai langkah operasi untuk diikuti oleh (manusia) pengendali.

5) Manusia Pengendali.
Manusia pengendali adalah anggota sistem yang bertanggungjawab terhadap sesuatu aktiviti pemprosesan maklumat.

Sesebuah Sistem Komputer berkemampuan untuk berinteraksi dengan Sistem Komputer yang lain. Teknologi masakini, contohnya TCP/IP, membolehkan setiap komputer saling berhubungan dengan cara yang mudah lalu membentuk "Computer Networks" (Melayu:"Rangkain Komputer").



Topik Berkaitan:

Monday, January 16, 2012

Maksud Komputer


Komputer ialah sebarang peralatan, mesin atau alat yang digunakan untuk memproses maklumat, berpandukan kepada prosedur/arahan yang ditetapkan.

Awalnya, perkataan komputer bermaksud pengira. Mesin komputer dibina untuk melakukan pengiraan matematik yang kompleks. Kelebihan mesin komputer adalah seperti berikut: 1) pantas, 2) tepat dan 3) pengurusan memori yang cekap.

Sebahagian besar mesin komputer pada hari masih lagi berteraskan senibina Jon Von Neumann. Senibina ini menyatakan bahawa sistem komputer harus ada empat bahagian utama; 1) Unit Aritmetik Logik, 2) Litar pengawal, 3) memori, dan 4) peranti input/output.

Topik berkaitan:
  • Senibina Jon Von Neumann
  • Kelebihan mesin komputer
  • Maksud Computer Memory (Memori Komputer)
  • Maksud Arithmetic Logic Unit, ALU (Unit Aritmetik Logik)
  • Maksud Peranti Input/Output

Apa itu Microsoft Access?


Microsoft Access adalah perisian komputer yang diklasifikasikan sebagai "perisian pangkalan data" ("database"). Aplikasi pangkalan data digunakan oleh pengguna yang mahu mengumpul dan menjejaki maklumat. Contohnya, senarai telefon, senarai tetamu, rekod jualan atau apa sahaja maklumat berguna yang lain.

Perisian Microsoft Access sudah lama berada di dalam pasaran. Antara versi yang terbaru adalah Microsoft Access 2010. Versi ini boleh digunakan bersendirian (standalone) atau melalui jaringan komputer (computer networks).

Sunday, January 15, 2012

Erti perkataan perisian komputer ("computer software")

(maksud perkataan software, erti perkataan software, makna perkataan software)

(English version)

Software (atau "computer program"), dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai perisian (atau "program komputer"), merujuk kepada set arahan yang mengawal aktiviti mesin komputer.

Istilah software digunakan untuk membezakannya dengan komponen hardware (sistem komputer secara amnya terdiri dari hardware, software, data, tatacara dan orang). Hardware merupakan komponen fizikal yang boleh dilihat manakala software merupakan komponen logik yang tidak dapat dilihat secara fizikal.

Topik berkaitan:

Saturday, January 2, 2010

Erti Perkataan Vector Graphic Software

"Vector Graphic Software" bererti perisian yang menyimpan data (lukisan) di dalam bentuk format vector (ungkapan matematik).

Friday, January 1, 2010

Erti Perkataan Vector

Antara dialog yang popular dalam filem Despicable Me adalah

"Vector... Magnitude and Direction!!!"

Vector adalah berasal dari Bahasa Latin yang bermaksud bermaksud "pembawa"(http://www.answers.com/topic/vector). Apabila kita melukis garisan, contohnya, dari titik A ke titik B, garisan tersebut boleh diwakili oleh satu ungkapan matematik. Ungkapan ini , contohnya Y=X+1 akan memberitahu kita bagaimana garisan tadi telah "dibawa" (vector) dari titik A ke titik B.

Berdasarkan konsep ini, ungkapan matematik yang lebih rumit boleh dibina untuk mewakili apa jua bentuk lukisan.

Konsep ini telah digunapakai dalam bidang grafik computer. Perisian illustrasi yang membolehkan pengguna membuat lakaran berdasarkan konsep ini adalah digelar Perisian Grafik Vektor.