Wednesday, May 2, 2012

Komputer Peribadi, Perkomputeran Teragih dan Perkomputeran Pelanggan-Pelayan

Q: Terangkan Maksud Komputer Peribadi
Q: Terangkan Evolusi Perkomputeran Teragih

Pada tahun 1977, Apple Computer mempopularkan istilah komputer peribadi (personal computer). Komputer menjadi murah dan orang ramai boleh membeli mereka untuk kegunaan peribadi atau perniagaan mereka. Pada tahun 1981, IBM, penjual komputer yang terbesar di dunia, memperkenalkan Komputer Peribadi IBM.

Perkomputeran peribadi menggalakkan penggunaan komputer secara meluas di dalam perniagaan dan juga di rumah. Mesin komputer peribadi boleh disambung membentuk rangkaian komputer (computer network). Pada mulanya ia sekadar berkongsi data dan program yang ringkas. Apabila keupayaan mesin komputer peribadi meningkat dengan pesat, rangkaian komputer peribadi berkuasa tinggi telah digunakan untuk membentuk sistem perkomputeran teragih (Distributed Computing). Sistem ini berupaya menjalankan aktiviti pemprosesan berskala besar dan rumit seperti kajian saintifik dan kejuruteraan pembuatan.

Pada hari ini teknologi komputer peribadi dan rangkaian Internet terus berkembang pesat. Lalu, konsep perkomputeran pelanggan-pelayan (client-server computing) telah diperkenalkan. Melalui konsep ini, komputer pelaggan boleh menggunakan program yang dijalankan oleh komputer pelayan; maka pembuatan mesin komputer untuk pengguna menjadi semakin ringkas dan murah. Malah ia membolehkan pengguna terus menggunakan komputer dan berhubung menerusi Internet sambil bergerak ke sana-sini.

No comments:

Post a Comment