1. Pengaturcaraan berorientasikan objek (Object Oriented Programming, OOP)bermaksud pembangunan program menggunakan OBJECT sebagai pelaksana aktiviti pemprosesan data.
2. OBJECT adalah satu kapsul kod (code capsule) yang mengandungi data dan function.
Dalam OOP, data dikenali sebagai properties dan function dikenali sebagai method.
3. Contoh bahasa aturcara C++ yang menggunakan OBJECT adalah seperti di URL berikut: http://ideone.com/TqCOO
4. Maksud baris arahan adalah seperti berikut:
Baris 5 mentakrifkan CLASS bernama clsContoh. Di dalam C++, sebelum OBJECT boleh digunakan (pada baris 17), templat (acuan) hendaklah dibina dahulu (pada baris 5).
Templat ini dipanggil CLASS. Keyword CLASS akan memberi arahan kepada compiler untuk mencipta templat bernama "clsContoh".
Baris 6 dan 7 mentakrifkan PROPERTIES yang dimiliki oleh clsContoh. Hanya satu data iaitu a (data type integer) dan ACCESS SPECIFIER (PENENTU AKSES) jenis PRIVATE (PERSENDIRIAN). Maksudnya data ini hanya boleh digunakan di dalam clsContoh sahaja.
Baris 8 hingga 14 mentakrifkan METHOD yang dimiliki oleh clsContoh. Ada dua METHOD: 1)setData(int a) dan 2)getData(void). Cara pentakrifan METHOD ini sama seperti pentakrifan FUNCTION dalam program C++ mengikut kaedah biasa (tanpa OOP).
Baris 17 mentakrifkan OBJECT bernama objContoh. objContoh membolehkan pengaturcara menggunakan templat clsContoh dalam aktiviti pemprosesan data. Tanpa takrifan OBJECT, clsContoh tidak boleh digunakan dalam program.
5.Latihan Praktikal
Latihan: Bina OBJECT MesinKira yang boleh melaksanakan operasi campur dan tolak terhadap dua nilai input. OBJEK ini haruslah menerima dua nilai dan mempunyai dua fungsi iaitu doCampur dan doTolak.
Jawapan:
http://ideone.com/mUDTX
Latihan Selanjutnya: Tambah method baru, doDarab dan doBahagi pada kod di atas.
Jawapan: http://ideone.com/pWK35
Latihan Selanjutnya: Output bagi URL di atas (http://ideone.com/pWK35) menunjukkan nilai 0 bagi hasil bahagi. Nilai ini tidak tepat. Betulkan kod di atas supaya anda mendapat nilai output yang lebih tepat.
Jawapan: http://ideone.com/0qTC4
6. Latihan Tambahan
Senario:Terdapat satu program C++ mengandungi CLASS clsUrusNiaga dan OBJECT objUrusNiaga. clsUrusNiaga mempunyai dua PROPERTIES iaitu 1)dblHargaJualan dan 2)dblHargaBelian. clsUrusNiaga menggunakan METHOD bernama setData untuk mendapatkan nilai mula bagi PROPERTIES di atas. clsUrusNiaga seterusnya menggunakan METHOD bernama doKiraUntung untuk mengira nilai dblHargaJualan tolak dblHargaBelian.
Dikehendaki:Tulis kod C++ untuk mencapai objektif program bagi senario di atas.
No comments:
Post a Comment