Q: Apakah maksud mesin komputer?
Mesin Komputer adalah sejenis alat pemprosesan automatik yang menjalankan aktiviti elektronik berdasarkan set arahan yang telah ditakrifkan. Ianya boleh bersifat elektronik, i.e keseluruhan aktiviti berlaku di dalam litar elektronik atau ia juga boleh bersifat elektro-mekanikal di mana litar elektronik ini berupaya mengawal perkakasan mekanikal yang disambung padanya.
Mesin Komputer mempunyai kelebihan berikut:
1) Ia pantas - Ia mampu melaksanakan berjuta-juta operasi dalam tempoh sesaat.
2) Ia tepat - Ia mengikut arahan dan menghasilkan output tepat tanpa mengalami kepenatan atau kelalaian.
3) Simpanan data yang cekap - Ia berupaya menyimpan berjuta-juta maklumat di dalam ruang simpanan yang kecil.
Mesin Komputer memproses data di bawah kawalan set arahan yang dipanggil program komputer. Program-program ini mengawal komputer melalui set tindakan yang ditulis oleh manusia (dikenali sebagai pengaturcara komputer).
Mesin Komputer dibina daripada pelbagai peranti yang disebut sebagai perkakasan (contohnya, papan kekunci, skrin, tetikus, cakera keras, memori, DVD dan pemprosesan unit). Program-program yang berjalan pada komputer yang disebut sebagai perisian. Kos perkakasan telah menurun secara mendadak pada tahun-tahun kebelakangan ini menjadikan komputer peribadi mudah dimiliki oleh individu.
No comments:
Post a Comment