Monday, January 16, 2012

Kategori Perisian Komputer (Computer Software)

(English)

Perisian komputer dapat diklasifikasikan mengikut kategori seperti berikut:
1) Operasi Sistem
2) Pembangunan Aplikasi
3) Aplikasi

Perisian Sistem Operasi (Kategori 1) adalah sangat mustahak bagi sesebuah mesin komputer untuk berfungsi manakala Perisian Pembangunan Aplikasi (Kategori 2) digunakan untuk membangunkan Perisian Aplikasi (Kategori 3)

Topik Berkaitan:

Sunday, January 15, 2012

Erti perkataan perisian komputer ("computer software")

(maksud perkataan software, erti perkataan software, makna perkataan software)

(English version)

Software (atau "computer program"), dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai perisian (atau "program komputer"), merujuk kepada set arahan yang mengawal aktiviti mesin komputer.

Istilah software digunakan untuk membezakannya dengan komponen hardware (sistem komputer secara amnya terdiri dari hardware, software, data, tatacara dan orang). Hardware merupakan komponen fizikal yang boleh dilihat manakala software merupakan komponen logik yang tidak dapat dilihat secara fizikal.

Topik berkaitan:

Erti Perkataan E-Commerce

(Makna perkataan E-Commerce, Maksud perkatan E-Commerce)


Perkataan E-Commerce (electronic Commerce) (Bahasa Melayu: E-Dagang) adalah merujuk kepada aktiviti jualan dan belian barang menerusi jaringan elektronik atau perkhidmatan dan aktiviti lain yang berkaitan dengan aktiviti ini.

E-Commerce mula diperkenalkan semasa tahun 1970-an melalui perkhidmatan Electronic Data Interchange (EDI) dan perkhidmatan Electronic Fund Transfer (EFT). Perkhidmatan EDI membolehkan organisasi bertukar maklumat transaksi perniagaan. Manakala perkhidmatan EFT adalah khusus untuk pertukaran maklumat kewangan.

E-Commerce berkembang pesat semasa tahun 1990-an apabila Tim Berners Lee memperkenalkan perkhidmatan World Wide Web (Web). Menerusi Web, konsep perniagaan maya muncul. Contohnya, Amazon.com dan Dell.com telah mula untuk menggunakan Internet sebagai saluran jualan utama mereka semasa era ini.

Aktiviti E-Commerce boleh diklasifikasikan kepada peringkat berikut:
1. Komunikasi.
2. Tempahan.
3. Bayaran.
4. Serahan.
(Baca seterusnya tentang peringkat E-Commerce)


Friday, January 6, 2012

Peringkat-peringkat aktiviti E-Commerce


Aktiviti E-Commerce boleh diklasifikasikan seperti berikut:
1. Komunikasi.
2. Tempahan.
3. Bayaran.
4. Serahan.

1. Komunikasi.
Ini adalah peringkat awal di mana sesebuah organisasi mula terlibat di dalam E-Commerce. Organisasi perniagaan berinteraksi dengan sasaran pengguna pada peringkat ini. Terdapat beberapa motif seperti berikut:

a. Menyebarkan maklumat tentang perniagaan atau produk.
Syarikat besar selalunya membeli nama domain dan menerbitkan laman web yang mana boleh diakses melalui nama domain tersebut. Cara ini dipanggil komunikasi sehala; pengunjung laman web diharapkan faham apa yang hendak disampaikan.

b. Mendapatkan maklumbalas.
Syarikat turut memerlukan maklumbalas dari pengunjung untuk mengukuhkan aktiviti pemasarannya. Oleh itu, sesetengah laman web membenarkan pengunjung meninggalkan komen. Atau setidak-tidaknya, alamat e-mail ada tertera di laman web untuk pengunjung menulis kepada syarikat. Cara ini dikenali sebagai komunikasi dua hala.

c. Menyediakan interaksi masa nyata.
Terdapat sesetengah urusan yang memerlukan pelanggan berinteraksi dengan wakil syarikat secara masa nyata. Oleh itu, terdapat juga laman web yang menyediakan aplikasi chatting.

Hari ini, terdapat banyak pilihan untuk perniagaan mewujudkan laman web. Syarikat boleh membeli nama domain dan membayar perkhidmatan hosting yang menyediakan aplikasi laman web seperti Joomla, Wordpress dan lain-lain. Alternatifnya, syarikat juga boleh melanggan perkhidmatan percuma seperti wordpress.com atau blogger.com. Kedua-dua contoh ini menawarkan aplikasi penerbitan laman web dalam bentuk blog.

Tuesday, November 22, 2011

Tutorial Excel – Penyata Gaji Piece Rate

SENARIO:
1) Anda dikehendaki menyediakan penyata gaji pekerja.
2) Gaji pekerja dikira mengikut kaedah “piece rate”.
3) Kadar “piece rate” disediakan dalam Worksheet RUJUKAN.

PANDUAN:
1. Rujuk sampel Worksheet yang diberikan (bernama “KHALID BIN RAZI”)
2. Worksheet “KHALID BIN RAZI” mengandungi formula berikut:
2a. CONTATENATE(…)
2b. CELL(…)
2c. VLOOKUP(..)
3. Sel Rujukan Mutlak (Absolute Cell Reference) telah digunakan, contohnya pada SelA1 (=RUJUKAN!$B$1) supaya ia tetap merujuk kepada Sel tertentu secara mutlak.
4. Fungsi CONCATENATE() digunakan untuk menggabungkan text dari beberapa sel. (lihat contoh selA3 dan A5)
5. Fungsi CELL(..) digunakan, contohnya pada SelA5 untuk mendapatkan Nama Worksheet yang mengandungi Sel tersebut.
5a. Oleh itu, sekiranya nama Worksheet telah bertukar dari “KHALID BIN RAZI” kepada satu nama baru, Sel A5 akan memaparkan nama baru tersebut.
5b. Maka, sekiranya pengguna mahu membuat penyata gaji untuk pekerja lain, memadai dengan membuat “copy” Worksheet ini dan “rename” Worksheet baru tersebut.
6. Gunakan fungsi “Name Range” untuk menamakan “Range” Rujukan!A5:A8 sebagai “SenaraiJenisKerja”
7. Bagi Lajur “Jenis Kerja”, pilih menu “List Validation” dan masukkan “reference” kepada “SenaraiJenisKerja” (Dalam langkah 6).
8. Rujuk Lajur "Kadar" (berwarna biru). Fungsi VLOOKUP(...) digunakan untuk membandingkan Sel dalam Lajur "Jenis Kerja" dengan Lajur "RUJUKAN!JENIS KERJA" dan mendapatkan nilai berpadanan dari Lajur "RUJUKAN!KADAR PER UNIT".
9. Lajur "Kadar" dan "Jumlah" yang berwarna biru diisi secara automatik, i.e apabila pengguna mengisi Lajur "Jenis Kerja", komputer akan mengisi Lajur2 ini berdasarkan langkah 8.

DOWNLOAD:

Fail Tutorial excel-tutorial-payslip-piecerate

Tuesday, November 15, 2011

Spreadsheet-Pengenalan






Spreadsheet – Pengenalan

Kandungan

Maksud Spreadsheet

Sejarah Perisian Spreadsheet

Konsep Spreadsheet

Penjanaan Output

Standard Command Keys




Maksud Spreadsheet

Spreadsheet, jika diterjemah secara langsung, disebut “Lembaran Hampar”.

Secara teknikalnya, “Lembaran Hampar” merujuk kepada kertas lembaran yang besar, hampir menyamai saiz surat khabar yang digunakan untuk membuat pengiraan aritmetik.

Sejarah Perisian Spreadsheet

Aplikasi Spreadsheet mula dipopularkan oleh Produk VisiCalc yang diperkenalkan melalui Mesin Apple II (1979) dan Mesin IBM (1981)

Populariti VisiCalc pada Mesin IBM kemudiannya digantikan oleh Produk Lotus 123 lewat tahun 1980an.

Kini, Produk Microsoft Excel menjadi peneraju perisian Spreadsheet bagi Platform Windows.

Konsep Spreadsheet

Ruang Kerja Spreadsheet dikenali sebagai Worksheet (Lembaran Kerja).

Ruang Kerja ini berbentuk sel matriks 2-dimensi.

Setiap sel dikenali melalui persilangan Lajur-Baris

contohnya sel sebelah kiri atas sekali dikenali sebagai A1 (yakni persilangan Lajur A dengan Baris 1)

Setiap sel boleh mengisi nilai nombor, aksara atau formula

Sel A1

Aksara/ Teks

Nombor

Formula

Penjanaan Output

Terdapat beberapa output yang boleh dijana daripada Lembaran Kerja iaitu:

Carta

Jadual Analisa

Cth: What If

Fail Data

Cth: XML

Standard Command Keys

Sebahagian besar produk perisian menggunakan standard command keys spt:

CTRL + C  Copy

CTRL + X  Cut

CTRL + V  Paste

CTRL + Z  Undo

CTRL + Y  Redo

F2  Edit Sel

Arrow keys  Gerak Cursor

Shift + Arrow keys  Pilih sekumpulan sel




Standard Formula/Function

Alamat Sel Relatif (Relative Cell Address)

=A1+B1

Alamat Sel Mutlak (Absolute Cell Reference)

= $A1 + $B$1

Penjumlahan

= SUM(A1:B1)

Purata

= AVERAGE(A1:B1)

Produk Spreadsheet Kini

Microsoft Excel

http://microsoft-excel.en.softonic.com/

http://www.officelive.com (aplikasi online)(Free)

Open Office Calc (Free)

http://www.openoffice.org/product/calc.html

Gnumeric (Free)

http://gnumeric.en.softonic.com/

ThinkFree (aplikasi online) (Free)

http://thinkfree.com

Google Spreadsheet (aplikasi online) (Free)

http://docs.google.com

DocumentsTogo (aplikasi khusus untuk Tablet)

http://www.dataviz.com/products/documentstogo/

TAMAT

Monday, November 14, 2011

Microsoft Excel - Pengenalan







Microsoft Office Excel 2007- Pengenalan

Oleh:

Razi.smartcomputing123@gmail.com

www.pintarkomputer123.blogspot.com



Komponen Utama

Office Button

Quick Access Toolbar

Ribbon

Formula Bar

Worksheet Area

Status Bar



Persekitaran Tetingkap Excel 2007



Menu Office Button

New

Save

Save As

Print

Prepare

Send

Publish

Close



Quick Access Toolbar

Save

Undo

Redo



Ribbon

Tabs

Groups

Command Buttons

Dialog Box



Ribbon Tabs

Home – Butang yg selalu digunakan

Insert – Butang tambahan

Page Layout – Butang Rekaletak

Formula – Arithmetik/Logik/Teks

Data – Analisa Data

Review – Semak Dokumen

View – Tinjau Dokumen



Formula Bar

3 bahagian Formula Bar:

Cell Name – Beri nama khas pd Sel

Formula Button – Klik utk dptkn formula

Cell Content – Kandungan Sel



Istilah Sel, Baris, Lajur

3

Sel
B2

2

1

D

C

B

BARIS

LAJUR



Tutorial – Entri Awalan

[ENTER]

TAIP

13

5%

TAIP

12

[ENTER]

TAIP

11

1/1/2011

TAIP

10

[ENTER]

TAIP

9

123

TAIP

8

[ENTER]

TAIP

7

ABC

TAIP

6

[ARROW RIGHT]

TAIP

5

[ENTER]

TAIP

4

CONTOH

TAIP

3

«kursor anda berada di sel A1»

LIHAT

2

Butang "Office|New"

KLIK

1

BUTIRAN

ARAHAN

NO



Tutorial – Sales Order

ARAHAN:

Anda dikehendaki menyediakan dokumen Sales Order seperti di sebelah.

Sel BERHURUF BESAR adalah label kepada Sel Data yang berkaitan.

Sel BERWARNA OREN adalah kepala bagi lajur butiran data.

Sel BERWARNA BIRU mengandungi formula yang sepatutnya.



Tutorial – Sales Order

PENYELESAIAN:

1) Taip dahulu semua maklumat asas kedalam sel yang sepatutnya. Formatting akan dibuat kemudian. Tinggalkan kosong pada sel formula.



Tutorial – Sales Order

2) Buat border kasar.



Tutorial – Sales Order

3) Buat border kembar untuk sel penjumlahan.



Tutorial – Sales Order

4) Ubahsuai saiz lajur supaya paparan lebih menarik.



Tutorial – Sales Order

5) Warnakan Oren untuk kepala lajur butiran dan biru untuk sel formula penjumlahan



Tutorial – Sales Order

6) Masukkan formula ke dalam sel biru




Jumlah asal – Jumlah asal * 5%

Campur semua nilai dari sel F7 hingga sel F9

Campur semua nilai dari sel E7 hingga sel E8



Tutorial – Sales Order

7) Text Formatting

Sel A1 – Font Size 18pt

Sel F7,F8,F10,F12 - Currency