Sehingga saat blog ini ditulis, sebuah syarikat penyedia
perkhidmatan hosting bagi sistem SharePoint 2010, http://www.portalfronthosting.com/,
telah menawarkan perkhidmatan percubaan percuma selama 30 hari. Ia satu laluan
pantas bagi mereka yang mahu mencuba sistem SharePoint. Bagi sesiapa yang sudah
biasa dengan SharePoint Server 2010, tentu sahaja mereka tahu bahawa bukan mudah
hendak memasang sistem SharePoint 2010. Keperluan perkakasannya adalah tinggi
manakala pra-syarat perisian pula mengambil masa dan memerlukan sambungan
Internet. Maka, ini adalah cara mudah untuk membuat pandu uji terhadap
SharePoint Server 2010.
Layari alamat http://www.portalfronthosting.com/ dan
isi borang seperti di atas. Tunggu email susulan dan
klik pautan yang diberikan di dalam email tersebut. Gunakan nama pengguna dan
kata laluan sepertimana yang telah diisi dalam borang
tadi untuk mengakses laman pentadbir. Hasilnya, anda akan melihat laman seperti
di bawah.
Laman Login
LAWATAN KE PUSAT PENTADBIRAN (ADMIN
CENTER)
- Manage User. Klik pada Tab Manage User. Anda dapat lihat
senarai pentadbir bagi tapak ini. Anda boleh tambah dan buang nama yang
dikehendaki.
- Manage Organization. Klik pada Tab Manage Organization.
Anda dapat lihat nama organisasi sebagaimana yang telah didaftarkan. Sunting
jika perlu.
- Manage Sites. Klik pada tab Manage Sites. Anda dapat
lihat nama domain sebagaimana yang telah didaftarkan.
Klik pautan Launch untuk melayari Laman Utama Portal SharePoint anda.
- Kembali semula ke laman terdahulu. Klik pada Tab My
Services. Anda dapat lihat status “Trial” seperti di bawah.
- Klik pada pautan WSS 3.0 Hosted Sites. Anda dapat lihat
tempoh percubaan berbaki 29 hari lagi.
- Lawatan tamat.
No comments:
Post a Comment