Tuesday, September 18, 2012

SHAREPOINT SERVER 2010 - LANGKAH MULA

 

Jika anda masuk ke laman portal SharePoint2010 sebagai Pentadbir (Admin), anda dapat perhatikan di sudut kanan bawah laman portal ruangan bertajuk Getting Started (Langkah Mula).


SHARE THIS SITE


  1. Klik “Share this site”. Lihat laman di bawah.
  2. Anda dapat lihat Tab Permission Tools.
    Perhatikan Sub Group berikut:

  1. Grant

  1. Grant Permissions,
  2. Create Group,

  1. Modify

  1. Edit User Permissions (tidak aktif),
  2. Remove User Permissions (tidak aktif),

  1. Check

  1. Check Permissions,

  1. Manage

  1. Anonymous Access,
  2. Permission Level,
  3. Manage Access Requests
  4. Site Collection Administrators.

  1. Perhatikan Panel Kiri. Ia dinamakan sebagai Quick Launch. Dalam latihan di bawah anda akan mengubahsuai susunannya.
  2. Perhatikan Ruang Utama Tetingkap.
  3. Bawa Mouse Pointer ke butang Navigate Up.

    Klik butang Navigate Up. Klik pautan teratas sekali untuk kembali semula ke Laman Rumah.
  4. Tamat. Anda seharusnya melihat Laman Rumah pada ketika ini.

CHANGE SITE THEME


  1. Klik “Change Site Theme”. Lihat laman di bawah.
  2. Anda sekarang berada di Laman Tema Tapak (Site Theme). Gunakan laman ini untuk menukar skima fonts dan warna tapak. Pilih tema yang tersedia atau muatnaik tema baru ke Galeri Tema (Theme Gallery). Pertukaran tema tidak akan mengganggu rekaletak tapak dan tidak akan menukar laman yang telah ditetapkan temanya yang tersendiri.
  3. Klik butang Navigate Up>>Klik Laman Rumah.
  4. Tamat. Anda seharusnya melihat Laman Rumah pada ketika ini.



SET A SITE ICON


  1. Klik “Set a Site Icon”. Anda akan lihat paparan di bawah.
  2. Masukkan maklumat seperti di bawah. Klik OK setelah selesai. Teks untuk Title akan dipaparkan pada setiap laman di dalam tapak ini manakala teks untuk Description akan dipaparkan pada Laman Rumah. Imej Logo sebaik-baiknya berukuran 60 x 60 pixels. Masukkan juga penerangan untuk imej logo.

  1. Title : <Nama Tapak Anda>
  2. Description : This is a Test Site
  3. URL : http://imageshack.us/a/img600/6568/testlogosmall.jpg

  1. Klik “Click here to test” untuk menguji kewujudan imej terbabit.

  1. Alternative text for the picture: This is a Test Logo

  1. Anda seharusnya dapat melihat laman seperti di bawah.
  2. Klik butang Navigate Up>>Klik Laman Rumah. Anda seharusnya melihat Laman Rumah seperti di bawah.

    Bandingkan dengan skrin terdahulu. Perhatikan logo dan teks untuk description telah ditukar.

  3. Tamat.

CUSTOMIZE THE QUICK LAUNCH


  1. Klik “Customize the Quick Launch”. Anda akan lihat paparan di bawah.
  2. Anda boleh mengubah Pautan sedia ada.
  3. Anda juga boleh memasukkan Pautan baru.
  4. Masukkan Heading baru untuk memisahkan pautan mengikut kumpulan tertentu.
  5. Kita akan menukar susunan pautan sedia ada. Klik Change Order.
  6. Tukar susunan seperti imej di bawah.
  7. Perhatikan Panel Kiri telah berubah susunan pautannya.
  8. Gunakan butang Navigate Up untuk kembali ke Laman Rumah.
  9. Latihan tambahan - Tukarkan semula pautan pada Quick Launch kepada susunan asal.

No comments:

Post a Comment